29 Julai 2011

Berubahlah bermula Ramadhan ini

Perbincangan ini telah disiarkan dalam Resipi Hidup, Mingguan Wanita keluaran Ogos 2009.
---------------------------------------------------------------------------
InsyaAllah, tika artikel ini disiarkan, beberapa hari saja lagi kita umat Islam seluruh dunia akan menyambut Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua. Ada yang tunggu sebab tak sabar nak menambah pahala memandankan Ramadhan adalah bulan yang paling mudah untuk menjana pahala kepada-Nya melalui amal ibadah yang dilakukan. Ada juga yang tak sabar sebab sebulan lepas Ramadhan, kita akan sambut Syawal, raya lah pulak. Puteri saya Ayuni Syafiqah (6 tahun) dan putera saya Azfar Suhail (5 tahun) pun dah tak sabar nak puasa. Dah berjanji dengan saya nak puasa penuh tahun ni macam Upin dan Ipin.

Tak kisahlah apa pun keseronokan dan hasrat anda, sememangnya Ramadhan adalah bulan mulia. Semua akui hakikat ini termasuklah meraka yang sebelum ini kurang menjalankan perintah Allah SWT. Ada mereka yang tak sembahyang tapi bila tiba bulan Ramadhan, Alhamdulillah solat lima waktu tak pernah tinggal. Ada yang tak menutup aurat, bila tiba Ramadhan, Alhamdulillah, penampilan berubah dengan bertudung litup. Dah tak ada lagi sesi gossip menggossip. Tak ada lagi sesi mengutuk, tak ada lagi sesi menengking atau caci maki. Malah tak ada lagi siri dedah sana buka sini. Bila ada yang terlebih cakap atau terlebih gaya, pasti ada yang akan ingatkan… opss.. bulan puasa ni!!!

Bila Syawal tiba, ramai antara mereka ini yang kembali ke rupa dan perwatakan asal seperti sebelum tibanya Ramadhan. Dah mula tinggal solat semula. Tudung yang cantik sebelum ini dah jadi hiasan dalam almari. Pejabat dah kecoh semula dengan siri-siri gossop. Suami kembali menengking isteri dan isteri mula meninggikan suara kepada suami semula. Kenapa? Apakah hanya di bulan Ramadhan kita diwajibkan solat? Apakah hanya di bulan Ramadhan kita perlu menutup aurat dan menjaga penampilan kita? Apakah hanya di bulan Ramadhan suami dan isteri perlu berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik? Sejak bila pulak ada hadis atau ayat yang menyatakan, perlu melakukan segala suruhan dan perintah Allah serta meninggalkan segala larangan-Nya bila tiba bulan Ramadhan? Sebab ada hadis yang cakap, kiamat akan berlaku dalam bulan Ramadhan, maka perlulah bertaubat sekejap ya… nanti dah lepas Ramadhan, buat semula untuk bertaubat lagi Ramadhan akan datang? Begitu??

Apa jaminan hayat anda akan panjang sampai Ramadhan akan datang? Muda lagi? Jangan lupa, buah yang muda juga boleh gugur ke bumi. Kalau betul umur anda panjang pun, mampukah taubat anda di usia tua memadamkan segala kejahatan anda di usia muda? Ya, kalau bertaubat bersungguh-sungguh, Allah akan ampunkan tapi perlu diingat, nak bertaubat ni bukan macam selera nak makan. Rasa nak makan mee sup, pesan kat gerai kemudian dah boleh makan. Taubat ni perlu lahir dari hati yang ikhlas. Kalau dah terlalu lama hidup dalam lubang najis, nak cucikan diri tu bukannya senang kan… pinjam kata-kata Nabil: lu fikirlah sendiri…

Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak sangat kes, bukan sahaja kes rumahtangga tetapi kes melibatkan keperibadian individu, yang sampai ke pengetahuan saya. Statistik pihak berkuasa juga menunjukkan kadar kes jenayah meningkat, bukan berkurangan. Kes rogol, kes ragut, kes bunuh, keganasan terhadap pasangan dan anak-anak, kes bunuh diri, buli kawan di sekolah, kes anak gadis lari dari rumah dan macam-macam sangat. Kenapa? Bukan semuanya salah ibu yang mengandungkan kemudian melahirkan dan membesarkan. Bukan semua juga salah ayah yang mendidik dan membimbing. Bukan semua juga salah kecanggihan teknologi kini. Hakikatnya, untuk menjadikan sesuatu perkara itu realiti, bergantung kepada diri sendiri.

Jangan cuba-cuba sebab bermula dari cuba-cuba itulah akan jadi suka-suka dan akan buruk padahnya. Dengan cuba-cuba jugalah seseorang yang tak pernah terlibat dalam perkara yang menjelikkan, boleh menjadi seorang yang amat menjelikkan di mata masyarakat. Saya tak menyalahkan mereka yang berbuat salah, malah saya bukan menghina anda yang terlibat dalam setiap perkara yang melanggar hukum syarak dan moral masyarakat timur. Saya tak katakan saya ini baik apatah lagi terlalu baik. Kita semua manusia, yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Namun, bila dah tau kita tersilap dan bersalah, janganlah terus melakukan kesilapan tersebut.

Bila anda dah mula menunjukkan perubahan, maka teruslah berubah demi yang lebih baik. Jika anda boleh insaf dan melakukan kebaikan tika Ramadhan ini, saya sarankan dan mengharapkan anda teruskan perubahan anda itu hingga ke akhir hayat. Ambillah peluang bermula Ramadhan ini untuk meningkatkan keunggulan keperibadian kita kerana Ramadhan terlalu sempurna, 10 hari pertama adalah rahmat, 10 hari pertengahan (selepasnya) adalah keampunan dan 10 hari terakhir adalah keselamatan.

Mungkin perbincangan kali ini lain dari yang lain namun ini juga resipi yang tidak dapat dinafikan perlu kita ambil peduli di dalam meneruskan kehidupan seharian kita. Selamat berpuasa kepada semua….

****Berkongsi kata-kata Dr Irfan Khairi: Bulan Ramadhan penuh dengan rezeki yang pelbagai. Rezeki pahala daripada amalan kita dan juga rezeki dari segi dugaan yang dilalui. Berbanyak bersyukur dengan segala apa sahaja yang kita miliki kini tidak kira tahap kita oleh kerana perasaan kesyukuran, dan keseronokan itu adalah kekayaan yang sebenar...

****Dapatkan diskaun istimewa bagi khidmat konsultansi tru fon atau chat YM sepanjang Ramadhan ini...

Istimewa Ramadhan 1432

InsyaAllah, dua hari lagi Ramadhan bakal menjelma. Ramadhan bulan mulia, penuh barakah dan maghfirah drp-Nya Yang Maha Kuasa.

Sempena hadirnya Ramadhan ini, saya ingin memberikan potongan istimewa kepada dua sesi konsultansi yang bakal diterima sepanjang Ramadhan ini. Seperti yang saya umumkan sebelum ini, saya hanya terima temujanji menerusi telefon dan chat Yahoo Messenger sahaja. Temujanji bersemuka saya bekukan sementara dan akan diterima semula selepas Aidil Fitri. Info berkaitan akan saya kongsikan nanti.

Merujuk kepada temujanji menerusi panggilan telefon dan chat YM, saya hanya akan terima tiga sesi sahaja sehari iaitu:
- sesi 1: 09.o0am
- sesi 2: 11.00am
- sesi 3: 03.00pm

Tempoh masa bergantung kepada bentuk temujanji anda. Jika menerusi telefon, tempoh minima 1 jam dan maksima 2 jam. Bagi temujanji via chat YM pula, masanya ialah 2 jam.

Merujuk kepada diskaun istimewa, bagi temujanji menerusi panggilan telefon, anda perlu jelaskan RM30 (bagi Ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia ) atau RM50 bagi bukan ahli; sementara bagi temujanji menerusi chat Yahoo Messenger, anda perlu jelaskan RM50 (bagi Ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia ) atau RM80 bagi bukan ahli;

Sila bank in ke akaun Bank Islam 120650 10035871 atas nama Bina Bahagia Services dan SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama penuh dan No. Ahli (jika ada) anda ke talian 013-2545965 dan maklumkan bentuk temujanji yang anda inginkan. Sertakan sekali nombor telefon yang akan digunakan untuk anda hubungi saya atau ID (alamat) Yahoo Messenger anda. Temujanji anda akan ditetapkan berdasarkan kekosongan jadual yang terdekat.

Diskaun istimewa ini sah untuk temujanji menerusi telefon atau chat YM bermula 1hb Ogos hingga 26hb Ogos 2011 sahaja.

PERINGATAN PENTING!!! Jika anda tidak dapat tunaikan temujanji yang telah ditetapkan, mohon kerjasama untuk maklumkan kepada PA saya, SMS ke talian 013-2545965 selewat-lewatnya dua jam sebelum jadual yang telah ditetapkan. Kegagalan anda berbuat demikian akan menyebabkan anda dikenakan penalti.

Untuk makluman, saya tidak akan batalkan temujanji yang telah anda tangguhkan maka saya terpaksa tetapkan penalti ini bagi mengelakkan tangguhan saat-saat akhir disebabkan tangguhan anda tersebut mengganggu jadual saya dan orang lain. (Hanya tangguhan atas sebab kecemasan sahaja dibenarkan dan tidak akan dikenakan penalti- maklumkan kpd PA saya butiran kecemasan anda itu)

Saya juga akan gunakan kaedah yang sama, memaklumkan tangguhan kepada anda selewatnya dua jam sebelum temujanji, jika terdapat perkara yang tak dapat dielakkan yang menghalang temujanji daripada dilaksanakan. Terima kasih di atas segala kerjasama.

Terima kasih!!!

16 Julai 2011

Nisfu Syaaban

Digalakkan membaca Yaasin tiga kali pada malam ini (Nisfu Syaaban).

Yaasin pertama niatkan agar dipanjangkan usia untuk mentaati segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Selesai bacaan Yaasin, berdoalah.

Yaasin kedua niatkan memohon keluasan rezeki yg halal serta diberkati. Selesai bacaan Yaasin, berdoalah.

Yaasin ketiga niatkan memohon ditetapkan iman yg sempurna hg meninggal dunia. Selesai bacaan Yaasin, berdoalah.

Antara doa yg boleh dibaca selepas selesai setiap bacaan Yaasin adalah seperti berikut:

“Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah dan Penyayang. Segala puji bg Allah. Tuhan yg memiliki alam dan selawat dan salam atas semulia2 Rasul, junjungan kami Muhammad dan atas keluarga dan sahabat baginda sekeliannya.

Ya Allah yg mempunyai kurnia dan tidak diberi kurnia kpd-Nya. Ya Tuhan yg Maha Besar, Yg maha mempunyai nikmat dan pemberian, tiada Tuhan melainkan Engkau. Engkau tempat memohon perlindungan dan meminta pertolongan bg yg ketakutan.

Ya Allah! Andainya Engkau menulis di azali mencatat aku sebagai seorang yg celaka atau seorang yg tidak akan diberi nikmat kurnia atau seorang yg dikutuk dan dihina atau seorang yg disempitkan rezekinya, maka aku mohon kurnia-Mu Ya Allah, hapuskanlah kecelakaanku, jauhkan aku drp hinaan dan kutukan, panjangkan umurku dalam iman dan taqwa kpd-Mu dan luaskanlah rezekiku. Tetapkanlah aku menjadi seorang yg bahagia, beroleh rezeki dan beroleh taufuk utk segala kebaikan Ya Allah!

Ya Allah! Dengan merendah diri ke hadrat-Mu pd malam nisfu Syaaban yg mulia ini, yg padanya ditetapkan segala urusan yg penting, jauhkanlah segala bala dan malapetaka sama ada yg diketahui atau tidak diketahui olehku Ya Allah!

Maha Suci Allah! Curahkanlah rahmat ke atas junjungan besar Muhammad SAW, para sahabat dan keluarga baginda. Segala puji bagi Allah, pentadbir sekelian alam. Amiiiiinnnn!!!”

Jom sama-sama kita usahakan bersama, insyaAllah!!

13 Julai 2011

Tiada wakil saya di mana-mana

Petang tadi, seorang wanita menghubungi talian 013-2545965 bertanyakan mengenai kesnya sebab dia tak terima sebarang perkenbangan sedangkan dia dah pun jelaskan sejumlah bayaran. Bila disoal lebih lanjut oleh pembantu saya, wanita tersebut menjelaskan dia yang tika itu bersama bapa saudaranya bertemu 'wakil saya' di Mahkamah Syariah Klang. Selepas perbincangan, wanita tersebut menyerahkan sejumlah wang tunai sebagai pendahuluan untuk menyelesaikan kesnya. wanita tersebut diminta menghubungi talian 013-2545965 untuk mengetahui maklumat lanjut.

UNTUK PERHATIAN dan makluman, SAYA TIDAK SEDIAKAN WAKIL UNTUK BERADA DI MANA-MANA TEMPAT! Semua urusan hanya melalui talian 013-2545965 atau emel binabahagia@gmail.com.

Saya juga hanya berjumpa klien di KL Sentral dan bbrp tempat lain di luar KL seperti mesej yang hanya dikirimkan ke telefon anda melalui talian 013-2545965 sahaja.

Saya tak terima bayaran tunai untuk deposit penyelesaian kes, hanya deposit untuk booking temujanji berjumlah RM100 sahaja dan didepositkan ke akaun Bank Islam atas nama Bina Bahagia Services.

Jangan tertipu jika ada yg menggunakan nama saya dan minta bayaran tunai apatah lagi melebihi jumlah tersebut.Jika anda bertemu dengan 'wakil saya' tersebut, dapatkan maklumat dirinya (kalau boleh ambil fotonya juga) terutama nombor telefonnya yang pastinya bukan 013-2545965 dan segera adukan ke balai polis yang berdekatan.

Terima kasih.

10 Julai 2011

Tips ubati hati selepas bercerai

Saya kongsikan beberapa tips yang dipanjang oleh Laman-Seri , yang boleh mengubat hati wanita selepas bercerai supaya mereka memandang tragedi itu sebagai hadiah terbaik daripada Allah SWT, bukan seksaan dan azab-Nya.

Sebelum itu, saya nak berkongsi pengalaman saya sendiri berdepan antara tragedi kehidupan seorang wanita ini; hanya redha, percayai hikmah ketentuan-Nya dan teruskan hidup. Alhamdulillah! Dah lebih tiga tahun kini, saya masih boleh hidup ceria. Tika diceraikan, Ayuni berusia lima tahun sebulan, Suhail pula kurang seminggu akan genap empat tahun dan yang bongsu, Sulaim genap berusia lima bulan. Saya tak berharta malah mempunyai bebanan hutang. Syukur kepada Allah yang berikan saya kekuatan dan kini, anak2 adalah harta saya yang paling berharga, anak2 adalah kebahagiaan saya.

Saya terima, perkahwinan saya gagal dan bukan bererti saya telah gagal dalam hidup kan! Perkahwinan bukan segalanya di dalam hidup. Allah adil kepada hamba-Nya dan diberikan bahagian masing2 untuk mencipta bahagia yang tersendiri. :)

Ikuti tips berharga ini dan beramallah :)

1 – Percaya kepada pilihan Allah SWT


Menerima semua peristiwa yang hadir dalam hidup ini, baik yang positif atau negatif sebagai kehendak Allah. Bukan calang-calang beratnya dugaan yang pasti dialami wanita selepas bercerai. Selain daripada masalah kemurungan kerana ditikam lidah-lidah tidak bertanggungjawab yang menuduh wanita sebagai punca masalah dan akhirnya aib diri akan didedahkan di hadapan orang ramai.

Ramai pula yang mula mencurigai sikap dan gerak-geri janda muda yang cantik. Tapi yang pasti, bebanan ekonomi keluarga yang mesti ditanggung sendiri dan permusuhan keluarga sebelah bekas suami yang belum berakhir.

Ditambah pula masalah perkembangan mental anak-anak yang ditinggalkan ayah mereka. Semua itu memerlukan kecekalan hati. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa saja yang dikehendaki Allah menjadi baik maka diberikan ujian kepadanya.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Cara untuk menghadirkan redha dalam hati ialah dengan mengingati nikmat Allah SWT yang lain ketika musibah datang. Sungguh banyak nikmat-Nya yang tidak kita sedari yang telah menyelamatkan hidup kita di dunia ini. Adapun musibah, ia ditimpakan supaya kita tidak terlena dibuai kenikmatan yang banyak itu.

2 – Bina mahligai iman dan harta

Setelah bercerai, tentu beban nafkah semakin berat apabila ditanggung sendirian. Setiap sen yang dinafkahkan untuk anak-anak dan keluarga menjadi amal yang paling berat timbangannya di sisi Allah SWT. Untuk memenangi perlawanan duniawi, kita memerlukan dua bekal yang boleh menyelamatkan perjalanan hidup kita iaitu; bekaliman dan harta. Iman boleh terjejas tanpa harta yang cukup dan diberkati Allah SWT. Begitu juga harta akan habis tidak berfaedah tanpa iman yang kuat. Untuk memenangi perlawanan ini, anda harus memiliki kedua-duanya. Semailah benih iman di dalam hati dengan ilmu agama.

Bagaimana cara mendekatkan diri kepada Allah SWT? Ðisiplin mengerjakan sembahyang, belajar memahami al-Quran, bergaul dengan orang-orang yang berakhlak baik dan luas ilmu, mengikuti aktiviti-aktiviti bersama mereka dalam zon iman yang sihat, jauhkan persekitaran yang mengandungi iklim maksiat yang berbahaya. Banyaklah belajar dari orang-orang yang sabar bagaimana mengatasi ujian kehidupan, sentiasalah melihat ke bawah dan jangan sesekali melihat orang yang di atas supaya lahir hati yang bersyukur dan redha dengan ketentuan Allah Taala.

3 – Hidup untuk berkongsi gembira

Punca tekanan pada diri seseorang ialah ketidak-mampuan seseorang untuk berkongsi pelbagai rasa dengan orang lain. Semua mahu dirasai dan ditanggung sendiri, baik suka atau duka, menjadikan orang itu individualistik, ego dan jumud. Sedangkan punca kebahagiaan itu ialah sikap mahu berkongsi dengan orang lain.

Hidup akan lebih bererti jika kita menjadi orang yang bermakna untuk orang lain. Jika anda seorang ibu, pastikanlah anak-anak merasa bertuah memiliki ibu seperti anda. Kuat, cekal, ceria, senang didekati, suka bergurau senda tanpa menjatuhkan maruah diri.

Para pakar jualan pasti sepakat bahawa cara untuk mempertingkatkan pendapatan ialah dengan kemesraan dan senyuman kepada para pelanggan. Para doktor pun pasti mengesyorkan pesakitnya untuk mengamalkan senyuman bagi memberi motivasi, di samping ubat untuk menghilangkan kesakitan.

Al-Quran pula memberi galakan supaya bermesra dengan orang lain, Allah Taala berfirman yang bermaksud, “Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (Surah ali-‘Imran 3:159)

Penawar hati yang paling senang dan seronok apabila melakukannya ialah bergurau senda. Rasulullah SAW pernah mengekori sahabat baginda yang bernama Zahir dari belakang, kemudian baginda bersabda, “Siapakah yang mahu membeli hamba sahaya ini?” (Rasulullah bergurau, kerana Zahir bukan seorang hamba) Lalu Zahir bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah aku ini seperti barang jualan yang tidak laku?” Rasulullah menjawab sambil tersenyum, “Sesungguhnya engkau di sisi Allah bukanlah barang jualan yang tidak laku.”

Senyumlah! Sebagai tanda keredhaanmu atas segala ujian yang menimpa, dan ubat bagi hati yang berduka...

Semoga bermanafaat!

Tips dirujuk dari : Ðr Juanda Jaya

*** Terima kasih Bawang Goreng @ Laman Seri.

07 Julai 2011

Perubahan jadual temujanji

Bagi bulan Julai dan Ogos nanti, terdapat perubahan terhadap jadual temujanji bagi khidmat konsultansi untuk ketiga-tiga sesi sama ada bersemuka, bercakap melalui telefon atau chat YM.

Bagi sesi bersemuka di KL Sentral; temujanji seterusnya hanya diterima untuk tarikh 12hb, 15hb dan 16hb Julai sahaja. Di Sik, pada 21hb Julai dan di Sungai Petani, pada 22hb Julai sahaja. Tiada sesi bersemuka sepanjang Ogos.

Pada bulan Julai, bagi hari-hari lainnya (hari bekerja biasa - Isnin hingga Sabtu), saya akan terima tiga sesi temujanji sahaja sama ada melalui panggilan telefon atau chat YM - jam 10am, 3pm dan 10pm.

Pada bulan Ogos pula,
saya akan terima dua sesi temujanji sahaja sama ada melalui panggilan telefon atau chat YM iaitu pada 9am dan 2pm sahaja - tiada sesi sebelah malam.

Saya mohon maaf kerana terpaksa hadkan jadual sesi konsultansi ini bagi memberi ruang untuk saya menyelesaikan satu urusan lain. InsyaAllah, jadual temujanji akan kembali seperti rutin biasa bermula September. Tunggu pengumumannya nanti.

Untuk pengesahan temujanji, anda perlu jelaskan RM70 (bagi Ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia ) atau RM100 bagi bukan ahli; dan setelah selesai temujanji, bayaran tambahan akan dikenakan RM50 sahaja lagi. Bererti untuk temujanji bersemuka, kos adalah antara RM120 hingga RM150 sahaja (termasuk bayaran pengesahan sebelum pertemuan).

Sila bank in ke akaun Bank Islam 120650 10035871 atas nama Bina Bahagia Services dan SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama penuh dan No. Ahli (jika ada) anda ke talian 013-2545965 dan maklumkan anda inginkan temujanji bersemuka beserta tarikh dan masa pilihan anda.

Bagi temujanji menerusi perbualan telefon, kos perkhidmatan ialah RM50 (bagi Ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia ) atau RM65 bagi bukan ahli dan anda boleh berkongsi kisah dengan saya selama 60 minit.

Sila bank in ke akaun Bank Islam 120650 10035871 atas nama Bina Bahagia Services kemudian SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama penuh dan No. Ahli (jika ada) ke talian 013-2545965 dan maklumkan anda inginkan temujanji menerusi panggilan telefon.

Temujanji anda akan ditetapkan berdasarkan kekosongan jadual yang terdekat dan anda akan diberikan nombor telefon untuk anda hubungi saya pada masa yang ditetapkan. Tolong maklumkan nombor yang akan anda gunakan untuk hubungi saya nanti. Nombor lain selain daripada yang diberikan, tidak akan dilayan.

Bagi temujanji menerusi menerusi khidmat Yahoo Messenger, kos perkhidmatan ialah kos perkhidmatan ialah RM80 (bagi Ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia ) atau RM100 bagi bukan ahli dan anda boleh chatting dengan saya selama 2 jam.

Sila bank in ke akaun Bank Islam 120650 10035871 atas nama Bina Bahagia Services kemudian SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama penuh dan No. Ahli (jika ada) ke talian 013-2545965 dan maklumkan anda inginkan temujanji menerusi menerusi khidmat Yahoo Messenger.

Sertakan sekali ID (alamat) Yahoo Messenger anda. Temujanji anda akan ditetapkan berdasarkan kekosongan jadual yang terdekat.

PERINGATAN PENTING!!! Jika anda tidak dapat tunaikan temujanji yang telah ditetapkan, mohon kerjasama untuk maklumkan kepada PA saya, SMS ke talian 013-2545965 selewat-lewatnya dua jam sebelum jadual yang telah ditetapkan. Kegagalan anda berbuat demikian akan menyebabkan anda dikenakan penalti RM30.

Untuk makluman, saya tidak akan batalkan temujanji yang telah anda tangguhkan maka saya terpaksa tetapkan penalti ini bagi mengelakkan tangguhan saat-saat akhir disebabkan tangguhan anda tersebut mengganggu jadual saya dan orang lain. (Hanya tangguhan atas sebab kecemasan sahaja dibenarkan dan tidak akan dikenakan penalti- maklumkan kpd PA saya butiran kecemasan anda itu)

Saya juga akan gunakan kaedah yang sama, memaklumkan tangguhan kepada anda selewatnya dua jam sebelum temujanji, jika terdapat perkara yang tak dapat dielakkan yang menghalang temujanji daripada dilaksanakan. Terima kasih di atas segala kerjasama.

Terima kasih!!!